Monday, March 25, 2013

SPPBS : Apa Sudah Jadi?...Part I


Assalamualaikum wbt...

Sistem Pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (SPPBS) adalah sistem yg nampak comel atas kertas....namun SPPBS adalah antara sistem pendidikan yang tidak relevan yang pernah diperkenalkan.




Kenapa SPPBS tidak relevan?
1. Mengurangkan minat murid untuk mengulang kaji pelajaran kerana murid yg gagal menjawab eviden tertentu (penilaian dalam SPPBS) boleh mengulang jawab semula sampai murid boleh menguasai tajuk Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) tersebut. Tentu sekali ini tidak adil bagi murid yg rajin dan sentiasa bersedia.

2. SPPBS biasanya dibuat selepas setiap sesi P&P (secara teorinya). Secara praktikalnya SPPBS kebanyakkannya dibuat pada sesi P&P lain memandangkan masa 35 minit untuk setiap sesi amat tidak mencukupi...kerana setiap kali sesi P&P, seorang guru bukan sekadar mengajar tetapi perlu menjadi guru disiplin (mengawal kelas) dan perlu melayani "iklan-iklan" lain.....pengumumanlah, ada murid hendak ke tandaslah, ada murid yg dipanggil oleh guru2 tertentulah..dan macam2 lagi iklan. Apabila dibuat pada sesi P&P lain, ramai murid telah lupa ingatan dan tidak bersedia (walaupun telah dimaklumkan lebih awal)





3. Sangat menambah beban kerja guru. Begitu banyak eviden yg perlu disiapkan, disemak, ditanda (/) dan dikey in oleh guru. Contohnya aku sendiri mengajar mata pelajaran sejarah tingkatan 2...ada 68 eviden perlu dibereskan....(belum termasuk band 6: untuk murid yg paling sempurna dan beradab). Aku mengajar 3 kelas sejarah. Purata murid  45 orang untuk setiap kelas. Itu belum termasuk mata pelajaran lain....dan kelas2 lain.

4. Sangat membazir....terutamanya kertas. Banyak sangat kertas digunakan. Guru2 tidak cukup ruang untuk menyimpan eviden2 yg hendak disemak dan belum disemak. (Bilik SPPBS hanya untuk  eviden2 terbaik murid). Bilik guru yg sempit menjadi semakin sempit....dan sesak....dan panas.

5. Kebarangkalian murid meniru dan berbincang adalah sangat tinggi kerana semasa menjawab eviden SPPBS murid2 duduk agak rapat antara satu sama lain seperti sesi P&P (tiada masa hendak menjarakkan kerusi dan meja....kerana sejak ada SPPBS guru2 memang sentiasa terkejar2...apatah lagi jika mengajar sesi petang)

6. Paling teruk ada guru yg meminta murid2 membawa buku yg mengandungi eviden SPPBS mata pelajaran tertentu ke rumah untuk dijawab (seperti menjawab soalan latihan)...ini bukan guru sekolah aku tetapi guru kepada anak seorang rakan guru.


Jika hendak disenaraikan di sini memang banyak sangat kelemahan SPPBS dari segi pelaksanaanya pada kaca mata seorang guru....

Jadi adalah lebih baik sistem ini dikaji semula oleh pihak yg bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai seorang pendidik secara peribadi aku mencadangkan supaya sistem ini diberhentikan secara berperingkat. Jika KPM tidak mahu sistem berorientasikan peperiksaan sepenuhnya....tirulah sistem di universiti. Peperiksaan akhir tahun 60% contohnya. Projek utama 20%, projek mini 10%....dan paling penting kehadiran 10%...sekurang-kurangnya ini boleh mengurangkan masalah ponteng dikalangan murid sekolah..kerana masalah ponteng adalah masalah utama di kebanyakkan sekolah terutamanya sekolah harian.

Fikir2kanlah.... Cuba jadi guru sebulan dua....baru tahu beban kerja guru sekarang macam mana. Memang membebankan.....belum campur beban menangani pelbagai sikap murid remaja zaman sekarang....??







Admin :
Menambahkan beban kerja guru bukanlah perkara pokok di sini...Perkara pokoknya.. aku secara peribadi tidak nampak SPPBS ini akan mencapai objektif penglibatan murid dalam P&P secara optimum...kerana ramai murid mengambil mudah sesi P&P dan SPPBS ...atas alasan boleh mengulang. Prestasi berdasarkan band juga tidak dapat mengukur prestasi sebenar murid kerana kebarangkalian murid meniru @ 'dibenarkan' meniru sangat tinggi....dan apabila seorang wakil dari KPM ditanyakan sejauh mana SPPBS ini boleh menjadi kayu pengukur dalam menentukan aliran murid semasa tingkatan 4 nanti. Beliau menjawab "..masa depan biar ALLAH yg tentukan..."? Whatttt?! Aku menghadiri kelas agama ke apa?



32 comments:

  1. Jgn bersungut. Buat laa kerja seikhlas mungkin...akan ada ganjarannya...Insya Allah. Terlalu awal utk mengukur sama ada pbs ini berjaya atau tidak. Sejujurnya sebagai pelaksana kena akur dengan tuntutan tugas. Lagipun guru dah terima habuan lumayan sebagai penjawat awam. Gaji menimbun tak nak persoal... kerja bertimbun byk cekadak. Alahai cekgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak buat.. dah buat.. tapi tak boleh nak buat.. cuba lah buat nak tengok boleh buat ke tak boleh buat..

      Delete
    2. Ini bukan soal gaji menimbun ini soal benda tak boleh nak buat dah seluruh malaysia kata tak boleh nak buat apa lagi nak buat. bukan tak ikhlas nak buat dah ikhlas lah ni sampai pukul 3,4,5 pagi bergaja nak masuk line pun tak boleh2 cekadak gorenglah tu.

      Delete
  2. sebagai staf sokongan di salah sebuah sekolah menengah aku tak menafikan beban yang di tanggung oleh guru-guru hari ini tentang SPPBS memang berat.Memanglah kalau sesuatu dasar diperkenalkan , yang hendak melaksanakannya memang susah. Habuan lumayan tidak boleh di persoalkan kerana ia memang setimpal dengan kerja-kerja guru. Ini belum lagi dengan kursus-kursus,taklimat dan mesyuarat yang tidak berkaitan dengan SPPBS yang terpaksa dihadiri.

    ReplyDelete
  3. wang bukan segalanya..gaji banyakpun kalu segalanya membebankan sampai guru terpakasa menafikan kualiti dan integriti dek kerana tekanan saya percaya semua yang terpilih menjadi guru adalah orang yang ikhlas dalam menjalankan tugas tetapi dek keranan beban yang kadang diluar kemampuan sehingga terpaksa membawanya ke rumah, jadi jgn tuduh guru tidak berkualiti berapa ramai yang menangis kerana tidak mencapai kepuasan bekerja, apa yang rosak anak bangsa sendiri.. guru sebenarnya tidak rela ia jadi begitu.. hanya doa kepada allah agar segalanya akan menjadi

    ReplyDelete
  4. apa aku nak bgtau pasai PBS ni...budak malas bertambah malas...budak rajin akan berusaha untuk capai band tertinggi..budak sederhana sekadar cukup makan..kais pagi makan pagi kais petang makan petang..ada buat x ada x payah buat..kualiti lansung x dak.

    ReplyDelete
  5. U made your point there! I like....

    ReplyDelete
  6. Nak log in masuk sistem setegah jam blum tentu boleh lg...

    ReplyDelete
  7. YA ALLAH ...SISTEM APAKAH INI ..NAK LOG IN HAMPIR 1 JAM DARI KUL 10.00 PM SAMPAI 11.00PM .MATA DAH NAK LELAP ..DONUT ASYIK PUSING2 TANPA JUMPA TITIK HENTIAN.31 OKTOBER TARIKH TUTUP.WHAT???????

    ReplyDelete
  8. skarang pun x bleh langsung nk msk webnye....... smpai pagila x to mcm ni. "dia org" kene pikir sesuatu. perancangan baik tapi pelaksanaan..... x taula mcm ne nak ckp

    ReplyDelete
  9. Aduhai PBS.. dah dekat sebulan aku ngadap, asyik2 server not found..... bile dah nak date line baru buka... masa tu macam goreng pisang panas ... kene berbaris.... pukul tiga pagi tak tido lagi... Mcm mane ni.....
    Bukan nak komen pasal PBS tapi realiti yang berlaku.... Dah tu kate pulak cikgu tak effisen.. Itu nasib cikgu...

    ReplyDelete
  10. Server bodoh.. Server bodoh... Server bodoh... itu realitinya...

    ReplyDelete
  11. Cikgu bukan bersungut, tp realitinya banyak kelemahan.Murid2 dah malas belajar sebab tak ada exam.Nak key in,SPPBS sistem pusing-pusing baru satu.

    ReplyDelete
  12. secara teorinya mmg hebat..tp realitinya hancur...risau dgn masa depan anak bangsa kita..pelajar xjd pandai..hanya selesaikan latihan semata..

    ReplyDelete
  13. Sppbs buang msa cikgu dan masa murid...output nya zero...itukah yg diharapkn dgn sppbs

    ReplyDelete
  14. Ckgu bkn x nk buat. Dh buat dan evidens pun dh ada, cuma x leh nak key-in. Ini juga menganiaya murid sbb dh buat byk pntksran tp dpt band 1 aje or worse tiada band

    ReplyDelete
  15. Salam, buat masa ni SPBBS memang tak sesuai digunakan, dari segi perancangan memang bagus, tp dari segi pelaksanaannya banyak kekangan yg akhirnya membebankan guru. Sebab itulah perlu perancangan dan utamanya persediaan yg rapi utk menjayakan sesuatu program.

    ReplyDelete
  16. Salam..bagi yang tidak melalui pengalaman sebagai guru mungkin akan kata kerja padan dengan gaji..tapi yang melaluinya sahaja yang tahu.. gaji banyak pun habis beli ubat..darah tinggi, darah rendah, migrain, macam2 lagi dek kerana tak cukup tidur nak isi SPPBS..kesian juga kat anak2, mak ayah kena mengadap komputer 24 jam,.. ini pengalamn sendiri sebab mengajar 10 kelas, memang siksa nak masuk sekelas pun...

    ReplyDelete
  17. Setuju pbs tidak mengukur prestasi sebenar pelajar...kalau tak faham maksud saya takpa...tapi kalau mudah nak akses untuk key in markah pelajar cikgu2 tak le bising sangat...bukan keje tu je kita nak buat

    ReplyDelete
  18. salam...ketika menaip komen ini saya masih lagi berjuang untuk log in ke sistem PBS..LOG IN tau bukan KEY IN....punyalah lambat sistemnya...kita golongan pelaksana ni bukannya memberi alasan untuk tidak membuat kerja...seteruk-teruk kami inipun kerja kami siapkan juga.cuma biarlah kami bekerja dalam keadaan yang selesa (server PBS yang tak jem)...bab kemenjadian murid dengan sistem PBS ini, biarlah yang membuat dasar ni jawab di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  19. cadangan: pegawai-pegawai pembuat keputusan di KPM sila turun ke sekolah dan key in sendiri data beberapa kelas yang dipilh. Lihat dan rasalah bagaimana prestasi aplikasi dalam talian yang HEBAT ini.

    ReplyDelete
  20. sepatutnyer komen-komen ni hantar je kat kpm.

    ReplyDelete
  21. admin pun tgh tunggu 'donut' sppbs ni berhenti berpusing sambil baca komen2 anda sume. tqvm krn mbaca entri ini dan prihatin.

    nampaknya tahun depan hendak tak hendak KPM kekalkn sistem peperiksaan utk tingkatan 3 utk subjek math sains bm dan bi..dgn nama baru sppbsMR.. subjek lain akan ada pentaksiran pusat..ada2 je menteri ni..hmmm.

    ReplyDelete
  22. Tn boleh ajukan masalah ini ke helpdesk. Cckan kpd badariah.ahmad@moe.gov.my, lppbs@moe.gov.my, pbslp@moe.gov.my, johariahmad@moe.gov.my melalui email. Peringatan. Alamat diatas akan sampai ke TKPPM. dan pengarah LPM....ini mklmt dr slh sorg pgawai jpn sppbs

    ReplyDelete
  23. sppbs ni menyebabkan guru makin banyak kerja tapi pelajar semakin BODOH. pelajar yg pandai pun malas nak ulangkaji pelajaran sebab tak de peperiksaan. bila try buat peperiksaan ( akhir tahun utk streaming kelas ) resultnya masyaallah.....macam guru tk pernah mangajar. Utk key in markah tu, kalau nk log in pon susah aku tinggalkan aje. tak de kerja aku nak tunggu sampai kul 3-4 pagi, just nk key in markah. ooh sorry.. aku hanya tunggu sampai sistem ok. kementerian mesti tau bahawa masalah ni adalah masalah dia... just imagine sekolah2 kat pedalaman...dan masalah guru-guru yang tua nak pencen...nak mengadap komputer nak melayan masalah ict neh??? bayangkan??

    ReplyDelete
  24. masa ni pukul 5 pagi dah, masih tunggu donut sppppppbs berpusing nak key in tak dapat2. Kalau seluruh manusia kata sistem ini bodoh memang ianya bodoh orang atas duduk buat apa lagi nak teruskan sistem ini sebab orang atas juga paling bodoh didunia ini. kami guru bukan tak nak buat tapi biarlah sistem boleh buat, macam nama nak buat benda tak boleh nak buat. bodoh bodahnya kita tukar jelah kerajaan lain yang perintah.

    ReplyDelete
  25. sppbs bukan mentaksir dan menilai murid tetapi sekadar mengisi eviden2. pentaksiran dan penilaian sebenar memerlukan formatif dan sumatif tetapi sppbs hanya mentaksir formatif sahaja ini bukan menilai tapi sekadar menanda eviden sahaja. kalau nak laksana sistem ini kenapa masih ada setengah sekolah melaksanakan peperiksaan akhir tahun, haru biru sistem pendidikan Malaysia sekarang ini. Inikah sistem nak capai taraf dunia weeek nak muntah hamba mendengarnya..

    ReplyDelete
  26. sppbs membunuh P&P guru dalam bilik darjah tak perlu guna pendekatan, stategi atau teknik mengajar tak perlu ada langkah2. ambil saja eviden minta murid buat guru periksa dan tanda ini kerana guru terpaksa menyediakan banyak eviden dan pentaksiran hanya bergantung kepada eviden samata.

    ReplyDelete
  27. mari kita pakat piket ramai-ramai di puterajaya bantah sppbs kesatuan pun dah tak boleh buat apa, yuran bayar setiap bulan tapi diam membisu.

    ReplyDelete
  28. manusia manalah yang pergi ambil sistem luar negara bawa balik ke negara kita. negara begitu ramai profesor, cendikiawan dalam akademik mengapa tak bagi peluang buat sistem yang lebih elok ikut acuan kita orang malaysia. tanya dulu guru2 dan rakyat sistem mana yang sesuai dengan negara kita. terkutuk sungguh manusia itu.

    ReplyDelete
  29. apa nak cuba2 lagi sppbs kalau semua orang kata tak boleh, tak berjaya, tak bagus, ada masalah, bodoh dan @#$%^&*#$%&@ macam2 lagi memang tak boleh pakai punyalah.

    ReplyDelete
  30. Masyarakat di luar nampak cikgu komplain macam malas nak buat kerja.Hakikatnya..murid-murid dahkurang membaca buku sebab dah ada band.siap pula dalam kelas..tak ada revision. Tak payah ulangkaji..Murid semakin kurang mengadap buku..bukankah begitu wahai ibu dan bapa???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...